MY LOVELY FRIENDS

NOMBOR BERTUAHMU

BE THE ONE !

Friday, May 6, 2011

ROKOK OH ROKOK


assalamualaikum kawan2 sekalian.. ape cite? sehat ka?? haaa tgk gambar atas tu... ROKOK !! hohoho~~ arini nak bercetita skit pasal rokok... hurm.. nak cite pasal rokok ni, takot terkena pd diri sendiri plak sbb aku ni pon seorang perokok !! haha... tp tu lah.. maken lame aku rase nyesal plak sebab mule merokok dlu... aku mule bergelar perokok tegar sejak form 5 lg.. sebelum2 ni isap kadang2 je, isap ye isap, x isap xpe.. tp skang ni, kemahuan tu dah jadi satu keperluan.. xde rokok, pehh!!! mau gile jiwa dibuatnye... !!  sekarang ni aku teringin sangat nak berhenti merokok! yela.. sume org tau kan rokok ni macam2 penyakit leh datang kat kite.. duit pon abes.. lagi2 sejak bergelar mahasiswa ni, duit mmg xde wei  !!! nak beli rokok sekotak Rm8.50 ! mampuih aku wehh!! skang ni aku mule cube untuk mengurangkan kuantiti rokok aku amek sehari... tapi mmg agak susah ar.. huwaaa... skang duit mmg kering kontang.. isap rokok pon skang yg murah2 jek.. rokok seludup la senang cite... huk3.. kalo dlu isap WINSTON.. skang ni isap DUO M jek.. huk3..nusantara termasok skali.. kah3... Rm2.50 je bro.. hahaha  tp nak wat cmne.. dah merokok bertaun2 nak berhenti teros mmg xdapat ar... doa2 kan aku k kawan2 supaya dapat mengurangkan pengambilan rokok n harap2 la aku dapat berhenti merokok... tak sanggup lg dah wey !!! tolong3 !! kepada rakan2 kat luar sana yg bergelar perokok, mai la same2 kurangkan rokok disamping cube berhenti merokok.. huhuhu... (poyo lebeh).. hari selase ni, 10 mei, da mule semester baru untuk 2011 ni.. (semester 3/short sem).. kene bayar yuran lg.. mne nak cekau duit? ptptn sem 3 ni xde.. mmg kene pkai wet sendiri sepenuhnye.. adoi.. sian mak bapak aku... hish... mak aku pon da bising aku ni asik rokok rokok rokok rokok jek kejenye.. huk3... 
aku harap lepasni aku dapat kurang kan rokok sehari2 n insyaAllah, kalo diberi sokongan n dorongan, gelaran perokok tu akan hilang! berambus! dari diri aku...! huk3... oh ye.. ni ha kat bawah ni aku ade provide la kat korang sedikit sebanyak pasal rokok yg aku rembat dari Wikipedia... hehehe... tgk jgn tak tgk... !!





Rokok

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


Rokok adalah silinder dari kertas berukuran panjang antara 70 hingga 120 mm (variasi bergantung kepada negara) dengan diameter sekitar 10 mm yang berisi daun-daun tembakau yang telah dicacah. Rokok dibakar pada salah satu hujungnya dan dibiarkan membara agar asapnya dapat dihirup melalui mulut pada hujung yang lain.
Terdapat dua jenis rokok, iaitu rokok yang bertapis dan tidak bertapis. Rokok yang bertapis dibuat daripada bahan busa serabut sintetik yang berfungsi untuk menyaring nikotin.
Rokok biasanya dijual dalam bungkusan berbentuk kotak atau kemasan kertas yang dapat dimasukkan dengan mudah ke dalam kantung. Kebelakangan ini, bungkusan-bungkusan tersebut juga umumnya disertai dengan pesanan kesihatan yang memperingatkan perokok akan bahaya kesihatan akibat merokok, misalnya kanser paru-paru atau serangan jantung.
Manusia terawal di dunia yang merokok adalah suku bangsa India di Amerika. Mereka merokok untuk memuja dewa atau roh. Pada abad 16, ketika bangsa Eropah menemukan benua Amerika, sebahagian dari para penjelajah Eropah terikut untuk menghisap rokok dan kemudian membawa tembakau ke Eropah. Kemudian kebiasaan merokok mulai muncul di kalangan bangsawan Eropah. Berbeza dengan bangsa India yang merokok untuk keperluan pemujaan, orang Eropah merokok hanya untuk kesenangan semata-mata. Pada abad ke-17 para pedagang Sepanyol membawa masuk rokok ke Turki dan mulai saat itu, ia terus menular ke negara-negara Islam.

Penggunaan

Kira-kira 5.5 trilion rokok dihasilkan secara global pada setiap tahun dan dihisap oleh lebih 1.1 bilion penduduk atau lebih besar daripada satu per enam bagi penduduk dunia. Manakala kadar-kadar merokok telah mendatar atau menurun di negara-negara maju, mereka terus naik di bahagian yang sedang membangun dalam dunia. Kadar merokok di Amerika Syarikat telah jatuh separuh dari 1965 hingga 2006 jatuh daripada 42% ke 20.8% untuk orang dewasa. Dalam pembangunan dunia, penggunaan tembakau sedang meningkat 3.4% pada setiap tahun.
Kecenderungan merokok mengikut jantina
Peratus merokok
KawasanLelakiWanita
Afrika294
Amerika Syarikat3522
Eastern Mediterranean354
Eropah4626
Asia Tenggara444
Western Pacific608
Source: World Health Organization anggaran, 2000
Pengguna utama rokok pada 1998
NegaraPopulasi
(juta)
Penggunaan rokok
(bilion)
Penggunaan rokok
(per kapita)
China124816431320
Amerika Syarikat2704511670
Jepun1263282600
Rusia1462581760
Indonesia2002151070

Jenama-jenama Rokok Yang Terkenal


 so, ni lah sedikit sebanyak pasal rokok.... so kawan2, harap2 kawan2 yg diluar sane yg bergelar perokok dan ingin mengurangkan pengambilan rokok n nak berhenti merokok, meh la kite same2 sahut cabaran ni !! chayok3 !!!

ROKOK??? BUKAN GAYA SAYA..~~

(cewah !! poyo lebeh la lu mat !) hahahaha ^_^v

4 comments:

  1. bro.... mintak sludop Duo M wt blik campus...ok la cket klu nak dibandingkan dgn DUNHILL yg ak tgh isap skunk ni...mampuih! hehehe

    ReplyDelete
  2. hohohoho... dunhill... 10 hengget... pokai2 !!!
    nnt aku bawak la sikit... buat stok untuk sebulan ke.. haha... nak beli mahal2 pitih xdop boh !!!

    ReplyDelete
  3. hehehe....sbulan pon da ok bai... jimat la 120hengget...wakakakakaka..lol!

    ReplyDelete