MY LOVELY FRIENDS

NOMBOR BERTUAHMU

BE THE ONE !

Tuesday, May 10, 2011

LAIN DI MULUT LAIN DI HATI


Kita sering menilai seseorang berdasarkan percakapan dan penampilan mereka.
Apakah persepsi kita apabila mendengar ungkapan berikut, "Pintu bilik saya sentiasa terbuka. Jika ada masalah jemputlah. Jangan malu, jangan segan"?
Biasanya ungkapan sebegini benar2 membuatkan kita rasa selesa dan amat senang sekali. 
Malangnya kadangkala, ia sekadar kata2 utk menunjukkan sifat luaran yg ada pada seseorang itu. Dia mengharapkan supaya org mendengarnya memberikan penilaian dan persepsi yang positif terhadapnya.

Hakikat sebenarnya, apabila kita berjumpa dengannya utk memberikan pandangan, pendapat, mengutarakan masalah, berhujah dan sebagainya, kita akan dipandang serong, dicurigai, dikatakan bersikap negatif, pembangkang dan seumpamanya.

Kata2 lain yg kita dengar adalah seperti, "Saya sebenarnya ikhlas","Saya terima dengan hati yang terbuka", "kritikan awak tu memang membina", "buat apa saya tipu awak", "Kejayaan saya adalah kerana sokongan kamu semua", dan ungkapan2 lain yg semirip dengannya. Adakah kata2 ini datang dari lubuk hati yg benar2 ikhlas? amat menyedihkan jika kata2 ini hanya dijadikan sbg pemikat utk menyedapkan telinga org yang mendengarnya. Sebaliknya, lain di mulut, lain di hati.

Kata2 manis ini bertujuan utk menunjukkan bahawa dia memiliki hati budi yg sangat baik sedangkan hakikatnya tidak seperti yang diungkapkan. Manusia bersikap begini kerana hatinya tidak ikhlas berpunca dari rasa sombong, ego, bangga diri, hipokrit dan banyak lagi penyakit hati. Kedudukan, kuasa dan pangkat juga banyak mempengaruhi manusia untuk bersikap "cakap tak serupa bikin". Mereka berpura-pura jujur di hadapan kita tetapi bersifat telunjuk lurus kelengkeng berkait.

Namun begitu, tidaklah semua individu seperti itu, ada juga mereka yang benar2 ikhlas dalam sesuatu perkara itu tetapi kebiasaannya, mereka tidak berkata apa2 atau mengharapkan apa2 jika mereka betul2 ikhlas dan redha.

(Sumber: Majalah Solusi, ditulis oleh Hj. Zainuddin Ali)

Saturday, May 7, 2011

POLITIK "ROBOCOP"




Jika orang Islam berpolitik secara Islam, maka sudah tentu dunia politik yang kerap disifatkan sebagai "a dirty game" itu mampu dibersihkan. Bukankah Islam itu umpama air mutlak? Sifatnya bersih dan membersihkan.
Islam akan "mengislahkan" seluruh aktiviti manusia termasuk politik. Justeru, jika matlamat, kaedah dan isi yang diperjuangkan oleh parti2 politik yang majoritinya dianggotai oleh orang Islam kini benar2 islamik, sudah tentu natijahnya lebih indah, harmoni dan baik.

Anehnya, hal ini tidak berlaku. Wajah politik orang Islam menjadi semakin kotor dan busuk! Politik sekarang adalah politik "Robocop" -berpolitik tanpa hati dan perasaan. Soal iman dan akhlak seolah-olah dilupakan. Ironinya, kita terasa malu dengan orang bukan Islam kerana cara mereka berpolitik ada kalanya kelihatan lebih bersih.

Persoalannya, bagaimana kita boleh mendapat pemimpin-pemimpin yang baik jika proses untuk mendapatkannya sudah kotor dan dicemari? Realitinya, rakyat kini semakin bimbang dan bingung melihat sepak terajang ahli-ahli politik yang semakin meminggirkan nilai adab dan akhlak.
Pada hal politik Islam adalah urusan yang sangat penting dan bersih. Urusan kepimpinan hakikatnya adalah amanah daripada Allah kepada setiap manusia.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Setiap kamu adalah penggembala (pemimpin) dan setiap penggembala akan ditanya tentang gembalaannya." (Muttafaq 'alaih)
Sering diungkapkan, sikap adil seorang pemimpin lebih utama daripada ibadah seorang abid. Malah pemimpin yang adil akan mendapat naungan Arasy di akhirat kelak.

Tegasnya, urusan kepimpinan menurut Islam adalah manhaj (jalan) untuk menegakkan ubudiyyah kepada Allah s.w.t. melaui khidmat sesama manusia. Dari segi istilah, politik bermakna "the arts and science government". Atau "siasah" dalam bahasa Arab berasal daripada kata dasar yang bermakna "to lead, to guide, to conduct, to direct".

Pemimpin mewarisi tugas Rasulullah s.a.w untuk memimpin manusia dan menyelamatkan nasib mereka, bukan hanya di dunia bahkan di akhirat. Bukan sahaja untuk mendapat kesenangan fizikal dan material bahkan juga ketenangan dan kebahagiaan rohani.

Begitu bersihnya matlamat politik dan begitulah hendaknya, bersih jugalah kaedah kita berpolitik. Bagaimana berpolitik dengan cara yang bersih?

Jawabnya, ia mesti ditunjangi oleh aqidah yang mantap, dipantau oleh syariat dan dihiasi dengan akhlak. Tanpa pemantapan elemen-elemen ini dalam diri ahli-ahli politik, urusan kepimpinan pasti akan diseleweng. Lihat sahaja apa yang dipaparkan oleh media massa cetak atau elektronik. Ibu bapa yang benar-benar berjiwa islamik sudah berasa tidak selamat, malu dan bimbang apabila berita dan cerita negatif mula dipaparkan untuk tatapan umum.

Politik bukanlah gelanggang perebutan kuasa, politik wang, pertelagahan, pembelotan, kata-mengata, cerca-mencerca dan fitnah-memfitnah. Malangnya wajah itulah yang semakin mendominasi dunia politik kini sehingga hampir-hamppir diterima sebagai satu budaya. Walaupun dalam arus politik perdana, persaingan dan pertandingan tidak dapat dielakkan, tetapi persaingan dan pertandingan itu boleh dilaksanakan secara sihat dan bersih.

Apa yang penting adalah memberi penerangan dan penerangan dan penjelasan tentang maklumat atau apa yang hendak kita perjuangkan. boleh mengkritik, menegur malah menyalahkan pihak lain tetapi hendaklah dalam batas-batas syariat dan akhlak islamiah. Baik sesama rakan separti atau dengan parti lawan, kita seharusnya menjaga diri agar tidak dirasuk oleh sifat-sifat mazmumah seperti hasad dengki, dendam, marah, tamak dan lain-lain.

Untuk mendapatkan kedudukan atau pangkat tidak salah, tetapi dapatkanlah dengan cara berkeras, bukan dengan cara mengampu, menyogok atau mengancam. Ingatlah selalu, kuasa itu amanah. Ia alat bukan matlamat. Setiap amanah akan dipersoalkan di akhirat nanti. Jadi, pikullah amanah itu dengan rasa takut kepada Allah dan gerun akan neraka.

Jika kita yakin adanya hari akhirat, pembalasan syurga dan neraka, maka kita akan mudah berkasih sayang. Iman itu sinonim dengan persaudaraan.

Dan insya-Allah, apabila persaingan tamat, semua pihak seharusnya kembali bersatu kembali demi meneruskan agenda membangunkan ummah sama ada dalam kerajaan atau pembangkang. majoriti 2/3 dan minoriti 1/3 akan bertaut semula menjadi (3/3 = 1) demi kebaikan rakyat.

Titik perbezaan tetap ada, namun titik persamaan masih banyak dan masih diperjuangkan bersama-sama!

(Dipetik dari majalah Solusi [Isu No.31] oleh Muhammad Jihad)

p/s: artikel ini sangat menarik minat saya...saya  tidak memihak dan tidak menujukan pada sesiapa atau mana2 pihak.. secara peribadi, saya amat sedih dengan keadaan politik sekarang ini yang boleh dikatakan tidak stabil atau kucar kacir oleh satu pihak dengan pihak2 yang lain.. saya teringin dan berhajat sangat untuk melihat negara yg saya cintai ini membangun dengan aman dan harmoni dengan tiada pertelingkahan antara mana2 parti politik dan saya juga berharap supaya parti2 politik dinegara ini dapat disatukan dan bukan 2/3 atau 1/3 tetapi 3/3 = 1 !   melihat rakyat negara ini terutama sekali dari kaum melayu supaya bersatu dan bersama2 membangunkan negara ini tanpa mengabaikan kepentingan2 pihak2,kaum2,agama2 yg lain adalah impian dan harapan saya terhadap negara ini!! 

Friday, May 6, 2011

BETUL DAN SALAH TENTANG PERSPEKTIF JODOH




YANG SALAH
YANG BETUL
Jodoh tidak perlu dicari.
Allah menyuruh manusia untuk berusaha.
Perempuan hanya perlu menunggu.
Sayidatina Siti Khadijah meminang Rasulullah s.a.w.
Perempuan tiada banyak pilihan, sebaliknya lelaki banyak pilihan.
Perempuan berhak memilih.
Alang-alang sudah terlanjur, diteruskan sahaja kerana tidak mungkin lagu untuk menemui lelaki/perempuan yang baik.
Allah sentiasa membuka pintu taubat kepada   hamba-Nya.
Pasangan yang banyak perbezaan tidak kekal dalam perhubungan.
Perbezaan boleh menjadikan pasangan saling   lengkap-melengkapi.
Perlu bercinta sebelum kahwin.
Ramai pasangan yang gagal ke gerbang perkahwinan atau perkahwinan tidak kekal. Islam menganjurkan cinta selepas kahwin.
Pasangan yang bercinta perlu merapatkan hubungan dengan sentiasa ber’SMS’ dan berjumpa.
Selagi belum berkahwin, syariat membataskan hubungan antara pasangan. Mereka tidak dibenarkan bebas berjumpa atau ber’SMS’ sehingga melalaikan.
Janji manis pasangan harus dipercayai, Contohnya seorang lelaki yang berkata kepada teman wanitanya, “I tidak ada harta, tetapi I ada cinta.”
Lelaki demikian sebenarnya tidak bertanggungjawab kerana tidak bekerja keras mengumpul kewangan untuk menyara bakal pasangannya. Hidup berumah tangga yang perlu disempurnakan termasuk menyediakan keperluan untuk ahli keluarga. Semuanya memerlukan belanjawan.
Contoh yang lain: “I tidak akan usik U sebelum kita nikah.
Dengan sebab wanita mempercayai lelaki, dia mula mengikuti pasangannya ke mana sahaja yang dibawa. Oleh itu, tidak hairanlah apabila reality menunjukkan pasangan sebegini akhirnya terjebak dalam kancah penzinaan.

(Dipetik dari majalah SOLUSI (isu no 31) / dari Dato' Dr. Hj. Mohd. Fadzillah Kamsah)

ROKOK OH ROKOK


assalamualaikum kawan2 sekalian.. ape cite? sehat ka?? haaa tgk gambar atas tu... ROKOK !! hohoho~~ arini nak bercetita skit pasal rokok... hurm.. nak cite pasal rokok ni, takot terkena pd diri sendiri plak sbb aku ni pon seorang perokok !! haha... tp tu lah.. maken lame aku rase nyesal plak sebab mule merokok dlu... aku mule bergelar perokok tegar sejak form 5 lg.. sebelum2 ni isap kadang2 je, isap ye isap, x isap xpe.. tp skang ni, kemahuan tu dah jadi satu keperluan.. xde rokok, pehh!!! mau gile jiwa dibuatnye... !!  sekarang ni aku teringin sangat nak berhenti merokok! yela.. sume org tau kan rokok ni macam2 penyakit leh datang kat kite.. duit pon abes.. lagi2 sejak bergelar mahasiswa ni, duit mmg xde wei  !!! nak beli rokok sekotak Rm8.50 ! mampuih aku wehh!! skang ni aku mule cube untuk mengurangkan kuantiti rokok aku amek sehari... tapi mmg agak susah ar.. huwaaa... skang duit mmg kering kontang.. isap rokok pon skang yg murah2 jek.. rokok seludup la senang cite... huk3.. kalo dlu isap WINSTON.. skang ni isap DUO M jek.. huk3..nusantara termasok skali.. kah3... Rm2.50 je bro.. hahaha  tp nak wat cmne.. dah merokok bertaun2 nak berhenti teros mmg xdapat ar... doa2 kan aku k kawan2 supaya dapat mengurangkan pengambilan rokok n harap2 la aku dapat berhenti merokok... tak sanggup lg dah wey !!! tolong3 !! kepada rakan2 kat luar sana yg bergelar perokok, mai la same2 kurangkan rokok disamping cube berhenti merokok.. huhuhu... (poyo lebeh).. hari selase ni, 10 mei, da mule semester baru untuk 2011 ni.. (semester 3/short sem).. kene bayar yuran lg.. mne nak cekau duit? ptptn sem 3 ni xde.. mmg kene pkai wet sendiri sepenuhnye.. adoi.. sian mak bapak aku... hish... mak aku pon da bising aku ni asik rokok rokok rokok rokok jek kejenye.. huk3... 
aku harap lepasni aku dapat kurang kan rokok sehari2 n insyaAllah, kalo diberi sokongan n dorongan, gelaran perokok tu akan hilang! berambus! dari diri aku...! huk3... oh ye.. ni ha kat bawah ni aku ade provide la kat korang sedikit sebanyak pasal rokok yg aku rembat dari Wikipedia... hehehe... tgk jgn tak tgk... !!





Rokok

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


Rokok adalah silinder dari kertas berukuran panjang antara 70 hingga 120 mm (variasi bergantung kepada negara) dengan diameter sekitar 10 mm yang berisi daun-daun tembakau yang telah dicacah. Rokok dibakar pada salah satu hujungnya dan dibiarkan membara agar asapnya dapat dihirup melalui mulut pada hujung yang lain.
Terdapat dua jenis rokok, iaitu rokok yang bertapis dan tidak bertapis. Rokok yang bertapis dibuat daripada bahan busa serabut sintetik yang berfungsi untuk menyaring nikotin.
Rokok biasanya dijual dalam bungkusan berbentuk kotak atau kemasan kertas yang dapat dimasukkan dengan mudah ke dalam kantung. Kebelakangan ini, bungkusan-bungkusan tersebut juga umumnya disertai dengan pesanan kesihatan yang memperingatkan perokok akan bahaya kesihatan akibat merokok, misalnya kanser paru-paru atau serangan jantung.
Manusia terawal di dunia yang merokok adalah suku bangsa India di Amerika. Mereka merokok untuk memuja dewa atau roh. Pada abad 16, ketika bangsa Eropah menemukan benua Amerika, sebahagian dari para penjelajah Eropah terikut untuk menghisap rokok dan kemudian membawa tembakau ke Eropah. Kemudian kebiasaan merokok mulai muncul di kalangan bangsawan Eropah. Berbeza dengan bangsa India yang merokok untuk keperluan pemujaan, orang Eropah merokok hanya untuk kesenangan semata-mata. Pada abad ke-17 para pedagang Sepanyol membawa masuk rokok ke Turki dan mulai saat itu, ia terus menular ke negara-negara Islam.

Penggunaan

Kira-kira 5.5 trilion rokok dihasilkan secara global pada setiap tahun dan dihisap oleh lebih 1.1 bilion penduduk atau lebih besar daripada satu per enam bagi penduduk dunia. Manakala kadar-kadar merokok telah mendatar atau menurun di negara-negara maju, mereka terus naik di bahagian yang sedang membangun dalam dunia. Kadar merokok di Amerika Syarikat telah jatuh separuh dari 1965 hingga 2006 jatuh daripada 42% ke 20.8% untuk orang dewasa. Dalam pembangunan dunia, penggunaan tembakau sedang meningkat 3.4% pada setiap tahun.
Kecenderungan merokok mengikut jantina
Peratus merokok
KawasanLelakiWanita
Afrika294
Amerika Syarikat3522
Eastern Mediterranean354
Eropah4626
Asia Tenggara444
Western Pacific608
Source: World Health Organization anggaran, 2000
Pengguna utama rokok pada 1998
NegaraPopulasi
(juta)
Penggunaan rokok
(bilion)
Penggunaan rokok
(per kapita)
China124816431320
Amerika Syarikat2704511670
Jepun1263282600
Rusia1462581760
Indonesia2002151070

Jenama-jenama Rokok Yang Terkenal


 so, ni lah sedikit sebanyak pasal rokok.... so kawan2, harap2 kawan2 yg diluar sane yg bergelar perokok dan ingin mengurangkan pengambilan rokok n nak berhenti merokok, meh la kite same2 sahut cabaran ni !! chayok3 !!!

ROKOK??? BUKAN GAYA SAYA..~~

(cewah !! poyo lebeh la lu mat !) hahahaha ^_^v

Thursday, May 5, 2011

AKIBAT SUKE STUDY LAST MINUTE


assalamualaikum rakan2 ku sekalian... tgh watpe tu? harap korang sume dalam keadaan sehat2 belake... hurm.... tgk tajok kat atas tu... akibat study last minute.... huwaaaa !! arini result final aku kuar... resultnye................................. tak memuaskan !! xsampai 3 pointer pon !! sedih.. tp nak mengharap lebih pon mungkin xbleh sbb name pon study last minute... mmg sikit ar dapat nye.. usaha sikit, dapat skit.. usaha lebih, dapat la lebih... tp tu la, baru skang aku rase tekanannye... mungkin ni pengajaran tok aku...ni la balasan yg Allah nak tunjuk kat aku... tabiat lame yg dari dlu tertanam kat dalam diri ni aku bawak gak smpai ke universiti... ahh!! tak boleh mcmni lg lepas ni ! tp alhamdulillah gak semuanya pass... member2 aku yg laen, ade gak yg result ok, aku tumpang gembira.. yg tak ok pon ade, same rase sedihnye... hmm.... lepas ni kene study lebih.. harap2 xde dugaan2 yg datang untuk tarik aku utk tak study.. huhuhu.... banyak maen ah sem ni.. haish.. xsiyes lgsg.. time nak exam je bc note.. member2 yg fail subjek lg tensen aku rase, kene repeat wooo.. aiyooo tak sanggup aku!! xmo xmo xmo !! pening2... study2... blaja mmg xde yg senang n xde jalan pintas.... aku harap aku dapat buat lebih baik  pada masa2 akan datang.. insyaAllah ! harap kawan2 semua jgn jd mcm aku... study dari awal wehh !! xmo study last minit !! chayok3 !

 mari sama2 kita belajar n mari sama2 kita berjaya !! ^_^v peace !!

Tuesday, May 3, 2011

AKU TAK PERCAYA OSAMA DA MATI


assalamualaikum... apa khabar anda semua? hari ni dunia digemparkan dengan berita kematian osama bin laden... walaubagaimanapun, secara peribadi, aku tak percaya dengan berita ini.. ini mungkin konspirasi yg dimainkan oleh pihak2 tertentu... tp aku tak jugak memihak pada mane2 pihak... ini hanya pendapat peribadiku sahaja... bertahun2 osama hilang menyembunyikan diri, agak pelik dengan cara kematian nya.. mcm senang sangat die mati.. kene tembak.. kalau betul die mati, mane bukti nya? gambar ni? gambar ni juga mempunyai keraguan tentang kesahihannya... ade yg ckp gmba ni di edit dan sebagainya... kalau betul die da mati, bawakan mayatnya.. kenape perlu dicampak/dikebumikan ke laut? pelik... aku sendiri terfikir, macammane orang seperti obama ni boleh pulak mati kene tembak kat tempat die sendiri... ntah la... aku tetap tak percaya dengan berita ni... mesti ade permainan yg mereka2 ingin mainkan dan mungkin mereka ingin mengalih pandangan dan memanipulasi pemikiran masyarakat dunia.. tapi ape2 pon, kite tunggu n lihat je ape yg akan berlaku lepas ni... perlu diingatkan ni hanya pendapat peribadi aku je n aku tak berpihak pada mana2 pihak... huhuhu.. (takot gak aku ni) 


ape pendapat korang dengan berita kematian osama bin laden nih?? 

SEBELUM MELANGKAH LEBIH JAUH


Assalamualaikum saudara saudari ku sekalian... ehem3.. cmne nak mule ni ek.. tgk tajuk atas tu, Sebelum Melangkah Lebih Jauh... agak2 ape yg sy nak ckp ek? hahaha.. tajuk kat atas tu sy tarok sebegitu rupe sbb sebelum saya melangkah lebih jauh lagi dalam arena blog memblog ni, sy rase sy nak gak la kongsi serba sedikit tentang diri saya supaya anda semua lebih tahu siape disebalik blog ni yg tulis ntah ape2 ni.. huk3.. blog ni pon baru dibuat kan, so msti la nak tau spe yg membuatnye kan.. huhu (prasan lebeh).. oh ye.. 1st thing 1st.. name sebenar yg diberi oleh parents sy ialah Ferri Nurdiansyah bin Warlen.. tu la name sy yg tertulis kat ic n surat beranak sy.. jgn tanya knp name sy cmtu... da jenuh sy nak menjawab.. haha.. well, parents berasal dari seberang.. berketurunan Minang.. so sy ni anak minang la kan.. ade sape2 anak minang kat sini? hehe.. lahir pd 18 Disember 1990 di Hospital Besar Kluang... ujung2 bulan tuh, knp la xtunggu smpai 1 Jan.. haha.. lame nak tunggu bday.. hik3.. kat bawah ni ade la sy provide gmba skit yg xseberape ni kan... mne la tau kenal, lame xjumpe, leh la kontek2 lg an.. huk3... (da dua kali kau perasan wei!!)





haaaa ape kutuk2 uh?? tau la x sehensem korang... huk3.. (T_T)
hahaha.. kenal? kalo xkenal xpe, leh kenal2 nnt.. mne2 yg kenal tu jgn wat2 xkenal la wey!! hahaha... oh ye, nak cite psl skool plak... 1st skool kompom la tadika kan.. tadika dlu kat tadika Abim.. depan skolah kampong melayu uh je... abes je tadika plak? mesti la ke sekolah rendah an.. haha (ape aku merepek nih??) sekolah rendah kat Sekolah Kebangsaan Kampong Melayu (SKKM) Kluang then, sekolah menengah plak kat SMK Sultan Abdul Jalil Kluang.. dari form 1 smpai lah form 6 !! ho~ho~ho~... mmg btol2 nak jati SSAJ nih.. haha.. yela.. mse SPM dlu xwat btol2, result pon hancus woi!! xdapat masok U mne2... so amek la form 6.. STPM jadi target ku.. alhamdulillah, berkat usaha n doa rakan2 n parents, akhirnya berjaya gak aku menjejakkan kaki ke menara gading yg selame ni aku impikan !! oh yeah !!! nak tau kat mne aku skang study??? tgk gmba bawah ni plak.. agak2 tau x?? :P





haaa tu dia... universiti kesayanganku !!! UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA (UIAM) / INTERNATIONAL ISLAMIC UNIVERSITY MALAYSIA (IIUM) !!! hahahahah berkobar2 nampak? kah3... mse mule2 aku dapat tawaran kat U ni, siyes, aku mmg down gile.. sbb pe? aku mse form 6 amek ekonomi,pengajian am,bahasa melayu, n pengajian perniagaan... tp dpt tawaran kos Bachelor in Political Sciences... dalam ati aku, AMENDE NI???!!! huhuhu... xpernah terpkir dalam pale otak aku psl kos ni.. n dari kecik smpai aku beso ni mmg xpenah amek port pon psl politik2 ni.. huwaaaaa!!! tp btol lah, setiap perkara tu ada hikmahnya.. Allah lebih tau jalan yg lebih baik untuk setiap hamba2 Nya... sekarang aku selesa dengan kos ni.. dan aku dah mule nampak ape yg Allah cube tunjukkan pada aku...  kat sini mmg byk ilmu2 agama yg nak kene blaja... huhuhu.... aku sentiasa berdoa pd Allah, tanamkan sifat yakin dan percaya pada kada dan qadar Nya.. agar aku menjadi insan yg lebih baik agar aku senang dunia dan akhirat... berbakti pada agama,bangsa dan negara.. but 1st thing 1st, GRADUATE DLU LA WEH !!  hahaha... baru masuk xsampai setahun da berangan byk... huk3.. xpe.. asalkan semangat tu ade... hehehe...  mau tgk aku kat sne cmne?? haaa ni ha... ni la gmba yg sentiase kene kutuk ngan member2 aku... huk3.. tau la aku jahat wey !! tp aku pon nak berubah gak kepada yg lebih baek !! nakal2 gak, agama tetap menjadi keutamaan !!!



haaaaaaaaa.... ade rupe ustaz2 x?? huk3... tertanam dalaaaaaaaaammmmmmmmmmmmmmmm kat sudut hati aku ni, aku teringin sangat mempunyai kelebihan+keupayaan untuk petah bercakap, berupaya untuk menghuraikan satu satu point tu dengan skop yg lebih luas dan mendalam.. supaya...... aku dapat menyampaikan ape yg aku belajar kat sini... ilmu2 agama, teringin sgt nak belajar care menyampaikan dakwah ni.. tp... aku ni xpetah bercakap.. cakap pon merepek2 je tau... T_T
tp insyaAllah.. sikit2 lame2 jadi bukit kan.. lg pon aku baru lg masok sni.. ilmu pon xbyk lg.. takot salah cakap plak susah plak nnt.. tp walaupon skit, aku akan cube menyampaikan apabila kena dengan tempat dan masa yg sesuai pada orang y nak disampaikan tu... Rasulullah pernah bersabda yg maksudnye lebih kurang cmni, "sampaikanlah ilmu Allah walaupon 1 ayat"    (kalo salah sila tegur k)..

ok! habis pasal kat U... skang ni aku nak kongsi psl 1 mende ni yg aku mmg btol2 sayang n minat !! guess what?????? KUCING !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! hahahaha... berkobar2 btol.. aku mmg minat+suke sgt kat kucing... dari kecik smpai la aku beso ni, aku mmg bela kucing.. ade yg bela dari lahir smpai la die da beranak pinak.. hahaha... kat bawah ni ade gambar kucing yg baru dilahirkan... (2-3 taun lepas).. da besar da kucing ni skang... huk3..


 amacam? comel x? hahaha...kat hostel aku ni pon ade gak bela kucing...aku n rakan2 sebilik n sorang member bilik sebelah, same2 kami bela kucing sekor ni... comey! tp kudung kaki sebelah... xtau kenape... tp mmg comel gle ah ! membela kucing mmg da keje aku dari dlu... mmg pencinta kucing lah aku ni! <3 CAT !!
ha kat bawah ni kucing yg kami ramai2 kat hostel bela... manja+cute !! hehe..



emmm ok lah.. setakat ni je yg sempat aku kongsikan pada korang2 setakat ni.. insyaAllah, ade mase, ade ruang, ade peluang, akan aku post2 lg cerita2 yg berlaku disekeliling ku... hehe...

SALAM !! ^_^v  peace no war !!