MY LOVELY FRIENDS

NOMBOR BERTUAHMU

BE THE ONE !

Tuesday, May 10, 2011

LAIN DI MULUT LAIN DI HATI


Kita sering menilai seseorang berdasarkan percakapan dan penampilan mereka.
Apakah persepsi kita apabila mendengar ungkapan berikut, "Pintu bilik saya sentiasa terbuka. Jika ada masalah jemputlah. Jangan malu, jangan segan"?
Biasanya ungkapan sebegini benar2 membuatkan kita rasa selesa dan amat senang sekali. 
Malangnya kadangkala, ia sekadar kata2 utk menunjukkan sifat luaran yg ada pada seseorang itu. Dia mengharapkan supaya org mendengarnya memberikan penilaian dan persepsi yang positif terhadapnya.

Hakikat sebenarnya, apabila kita berjumpa dengannya utk memberikan pandangan, pendapat, mengutarakan masalah, berhujah dan sebagainya, kita akan dipandang serong, dicurigai, dikatakan bersikap negatif, pembangkang dan seumpamanya.

Kata2 lain yg kita dengar adalah seperti, "Saya sebenarnya ikhlas","Saya terima dengan hati yang terbuka", "kritikan awak tu memang membina", "buat apa saya tipu awak", "Kejayaan saya adalah kerana sokongan kamu semua", dan ungkapan2 lain yg semirip dengannya. Adakah kata2 ini datang dari lubuk hati yg benar2 ikhlas? amat menyedihkan jika kata2 ini hanya dijadikan sbg pemikat utk menyedapkan telinga org yang mendengarnya. Sebaliknya, lain di mulut, lain di hati.

Kata2 manis ini bertujuan utk menunjukkan bahawa dia memiliki hati budi yg sangat baik sedangkan hakikatnya tidak seperti yang diungkapkan. Manusia bersikap begini kerana hatinya tidak ikhlas berpunca dari rasa sombong, ego, bangga diri, hipokrit dan banyak lagi penyakit hati. Kedudukan, kuasa dan pangkat juga banyak mempengaruhi manusia untuk bersikap "cakap tak serupa bikin". Mereka berpura-pura jujur di hadapan kita tetapi bersifat telunjuk lurus kelengkeng berkait.

Namun begitu, tidaklah semua individu seperti itu, ada juga mereka yang benar2 ikhlas dalam sesuatu perkara itu tetapi kebiasaannya, mereka tidak berkata apa2 atau mengharapkan apa2 jika mereka betul2 ikhlas dan redha.

(Sumber: Majalah Solusi, ditulis oleh Hj. Zainuddin Ali)

No comments:

Post a Comment