YANG SALAH | YANG BETUL |
Jodoh tidak perlu dicari. | Allah menyuruh manusia untuk berusaha. |
Perempuan hanya perlu menunggu. | Sayidatina Siti Khadijah meminang Rasulullah s.a.w. |
Perempuan tiada banyak pilihan, sebaliknya lelaki banyak pilihan. | Perempuan berhak memilih. |
Alang-alang sudah terlanjur, diteruskan sahaja kerana tidak mungkin lagu untuk menemui lelaki/perempuan yang baik. | Allah sentiasa membuka pintu taubat kepada hamba-Nya. |
Pasangan yang banyak perbezaan tidak kekal dalam perhubungan. | Perbezaan boleh menjadikan pasangan saling lengkap-melengkapi. |
Perlu bercinta sebelum kahwin. | Ramai pasangan yang gagal ke gerbang perkahwinan atau perkahwinan tidak kekal. Islam menganjurkan cinta selepas kahwin. |
Pasangan yang bercinta perlu merapatkan hubungan dengan sentiasa ber’SMS’ dan berjumpa. | Selagi belum berkahwin, syariat membataskan hubungan antara pasangan. Mereka tidak dibenarkan bebas berjumpa atau ber’SMS’ sehingga melalaikan. |
Janji manis pasangan harus dipercayai, Contohnya seorang lelaki yang berkata kepada teman wanitanya, “I tidak ada harta, tetapi I ada cinta.” | Lelaki demikian sebenarnya tidak bertanggungjawab kerana tidak bekerja keras mengumpul kewangan untuk menyara bakal pasangannya. Hidup berumah tangga yang perlu disempurnakan termasuk menyediakan keperluan untuk ahli keluarga. Semuanya memerlukan belanjawan. |
Contoh yang lain: “I tidak akan usik U sebelum kita nikah. | Dengan sebab wanita mempercayai lelaki, dia mula mengikuti pasangannya ke mana sahaja yang dibawa. Oleh itu, tidak hairanlah apabila reality menunjukkan pasangan sebegini akhirnya terjebak dalam kancah penzinaan. |
(Dipetik dari majalah SOLUSI (isu no 31) / dari Dato' Dr. Hj. Mohd. Fadzillah Kamsah)

No comments:
Post a Comment